ANALYSIS NUMBER OF Q MATH SPM

ANALYSIS NUMBER OF Q MATH SPM

Pesanan utk pelajarku sayang..Sajak Berhantu

Pelajarku,

Apa kau mahu jadi bila tamat sekolah nanti ?

Guruku,

Aku mahu jadi kayu,

Pelajarku,

Kalau mahu jadi kayu,

jadilah kayu jati,

Dicari orang untuk dijadikan tiang seri

Ada nilai dan harga pun tinggi,

Jangan jadi tunggul kayu,

Disepak orang, bahkan dimaki lagi.

Pelajarku,

Apa kau mahu jadi bila tamat sekolah nanti?

Guruku,

Aku mahu jadi batu.

Pelajarku,

Kalau kau mahu jadi batu,

Jadilah batu permata,

Sekurang-kurangnya,

Kalau tak digilai anak dara,

Dikejar juga si janda,

Tapi,

Jangan jadi kepala batu,

Dibenci orang, apatah lagi guru-guru.

Pelajarku,

Apa kau mahu jadi bila tamat sekolah nanti?

Guruku,

Aku mahu jadi mangkuk.

Pelajarku,

Kalau kau mahu jadi mangkuk,

Jadilah mangkuk zaman purba,

Tetap digali, walaupun jauh di dalam perut bumi,

Dikaji ahli arkeologi, Ada nilai tersendiri,

Tapi, jangan jadi mangkuk hayun,

Tergantung pi, tergantung mai, Tak sedar diuntung.

Pelajarku,

Apa kau mahu jadi bila tamat sekolah nanti?

Guruku,

Aku mahu jadi bintang,

Pelajarku,

Kalau kau mahu jadi bintang,

Jadilah seperti bintang-bintang di langit,

Memagari bulan cukup berseri,

Diintai ahli astronomi,

Menjadi panduan pengembara di bumi,

Tapi,

Jangan jadi Bintang Tiga,

Nanti ditahan ISA,

Siapa susah,

Mereka dan keluarga mereka.

Pelajarku,

Apa kau mahu jadi bila tamat sekolah nanti?

Guruku

Aku mahu merdeka.

Pelajarku,

Kalau kau mahu merdeka,

Jadilah seorang yang merdeka jiwa dan mindanya,

Dari segala sifat kemalasan dan kejumudan

Supaya dengan jiwa dan minda yang merdeka,

Kau bisa menjadi seperti kayu jati, Batu permata, mangkuk

zaman purba, Bintang-bintang yang bergemerlapan dilangit,

Dan yang paling penting.

Kau akan merdeka dari berlenggu kemiskinan,

Budaya kuning yang mengancam dan

Pergaulan bebas yang tanpa batas...

"Sajak Berhantu "

daripada En. Fauzi Saad (Aspirasi 2003)