PENGENALAN SMK TAMAN BUKIT INDAH


SMK Taman Bukit Indah dibina atas nama Kementerian Pelajaran Malaysia secara rundingan " Design and Build " mulai Mei 2002 dan disiapkan sepenuhnya pada September 2003. Bangunan ini diserahkan sepenuhnya pada Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada Mac 2004.
SMK Taman Bukit Indah terdiri daripada blok-blok 3 dan 4 tingkat bangunan pentadbiran dan akademik dengan kemudahan kantin, tempat letak kereta dan basikal berbumbung, dewan serbaguna, kemudahan sukan, surau, 4 unit wakaf dan pangsapuri yang menempatkan 16 unit rumah guru.
Dewan sekolah diberi nama Dewan Seri Indah, dataran perhimpunan dinamakan Dataran Semarak manakala ruang foyer dipanggil Anjung Lestari. Kelas-kelas pula mengambil nama sempena perkataan-perkataan yang "indah" seperti Anggun, Bangi, Ceria dan lain-lain.
SMK Taman Bukit Indah mula beroperasi pada 1 Jun 2004 dan sesi persekolahan bermula pada 14 Jun 2004 yang melibatkan tingkatan peralihan, satu, dua dan empat. Sejumlah besar murid-murid dari SMK Perling 2 mendaftarkan diri pada hari pendaftaran yang diadakan pada 11 Jun 2004. Jumlah murid yang mendaftar ialah 254 orang dan meningkat ke 299 orang pada Disember 2004. Sejumlah 9 buah kelas dibuka iaitu 2 kelas peralihan, 3 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan 1 kelas tingkatan 4.
Puan Hajah Noor Hayatee Binti Md Noor pula diberi mandat sebagai pengetua pertama manakala seramai 8 orang guru terlatih dan 5 orang guru sandaran tanpa latihan telah memulakan tugas mereka di sekolah ini.
Pada masa ini kepimpinannya diterajui oleh Pn Salbiah binti Noordin dibantu oleh penolong-penolong kanan iaitu Pn Chandra a/p Ratnasingam, En Roslan bin Shariff, En Saaris Yaacob, En Hamzar bin Uzir dan barisan guru-guru.